Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya hasrat untuk mempunyai blog ilmiah saya sendiri terlaksana. Walaupun masih lagi dalam proses pembelajaran, harapan saya moga laman ini memberi input berguna untuk anak bangsa dan masyarakat agar dapat dimanfaatkan ke arah menjana ilmu, membangunkan generasi pemikir yang cemerlang bukan hanya di dunia malah di akhirat. Moga perkongsian ini bermanfaat kepada semua pembaca. Mohon jangan copy paste tapi kembangkan idea mengikut penulisan dan gaya ilmiah. Moga ruang ini dapat dimanfaatkan
dengan sebaik mungkin, InsyaALLAH. Terima kasih.
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
Maksudnya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."
Hadis
di atas merupakan ingatan daripada Baginda s.a.w. kepada umatnya supaya
menyampaikan apa sahaja daripada Baginda s.a.w. yang diketahui kepada
masyarakat. Mereka yang diberi kelebihan oleh Penciptanya dengan sedikit
ilmu pengetahuan yang bermanfaat, diminta berkongsi kemanisan itu
dengan saudaranya yang lain. Walaupun hanya sepatah perkataan, namun
sekiranya dilihat mampu memberi kebahagian kepada seseorang,
sebarkanlah. Betapa indahnya persaudaraan dalam Islam, perasaan
individualistik dan egois dikikis daripada hati umatnya bagi menjamin
kebaikan dan kesejahteraan seluruh umat manusia.
nukilan_norazzamk@gmail.com