Monday, 14 November 2016

Penulisan Pernyataan Masalah

Pernyataan masalah merupakan komponen penting dalam penulisan tesis atau mana-mana penerbitan seperti kertas konsep dan penulisan ilmiah. Sepanjang pengamatan saya sebagai pelajar, masalah kajian tidak mudah untuk diluahkan dalam bentuk penulisan. Walaupun masalah jelas diperkatakan di media sosial dan media cetak. Namun, apabila dalam penulisan seolah-olah wujud “mental block” yang menyekat yang membuatkan masalah sukar diterjemahkan dalam bentuk penulisan. Pelbagai versi dan teknik saya temui untuk menulis penyataan masalah. Maka, saya terpanggil untuk berkongsi mengenai penulisan penyataan masalah ini.

Peringkat pengenalan, pengkaji perlu memperkenalkan topik atau isu yang ingin dikaji kepada pembaca. Beberapa perkara yang harus diberi perhatian sebelum masalah ditonjolkan ialah memastikan masalah benar-benar wujud samada melalui pemerhatian, laporan statistik atau sorotan kajian lepas. Di samping itu, masalah harus dibuktikan dan diulas (dengan data/jadual berkaitan), berdasarkan rujukan berwasit yang diperoleh daripada buku, jurnal artikel, prosiding atau laporan-laporan serta sumber yang sahih.

Seterusnya pengkaji perlu mengetengahkan jurang pengetahuan yang wujud antara penyelesaian yang telah dibuat, dengan penyelesaian yang masih dalam persoalan. Jurang pengetahuan merangkumi apa yang telah diketahui dan apa lagi yang perlu diketahui dengan membanding beza aspek-aspek yang dikaji dalam setiap kajian seperti konsep, elemen pemboleh ubah dan metodologi kajian (sampel, instrumen dan prosedur). Rasionalkan kepada keperluan tajuk kajian. Perlu diingatkan agar pengkaji untuk menyatakan kepentingan kajian dengan menyediakan arah tuju kajian dalam bentuk hasilan/dapatan yang hendak dicari dalam menangani masalah kajian kepada “stake holder” contohnya: pengkaji, pendidik, pembuat polisi dan individu yang berkenaan. 


Selamat menulis, semoga bermanfaat...
sampaikanlah walau satu ayat  
Nukilan: Azza-ukm -- norazzamk@gmail.com


No comments:

Post a Comment

Dear My lovely Dear, To get rid of something inside your head and your soul is the hardest part in life. The thing we like to leave most ...