Thursday, 22 December 2016

Berfikir berlandaskan al-quran

Terdapat banyak Ayat-ayat didalam Al-Quran yang menyeru kita untuk berfikir.

Maka gunakanlah akal dan juga hati dalam berfikir dan menilai, kerana selain mata di kepala kita juga diberikan hati untuk melihat. 
segala kekotoran. Jauhi dari segala perkara dan perbuatan yang boleh membuat tompok titik hitam didalam hati kerana tompok-tompok hitam inilah yang membutakan mata hati kita.

Terkadang kita terlalu fikir lebih daripada had keupayaan seoarng manusia. Kita sebernya ada limit untuk berfikir seperti tidak boleh kita berfikir tentang Allah seperti apa kerana ia akan membawa kepada membuat gambaran sesuka hati kita dan ia adalah salah. Begitu juga dengan berfikir apa akan jadi kepada kita sekiranya itu dan ini walhal walau seminit pun kita tak akan pernah tau apa akan terjadi sebentar nanti dan hari-hari akan datang. Maka behentilah dari terlalu banyak berfikir kecuali memuji dan mengagungkan kebesaran Allah dan bertindaklah sekira ia bermanfaat untuk kehidupanmu.

Islam ada memberikan panduan bagaimana kita memulihara dan memelihara hati agar sentiasa bersih agar kita dapat meilihat, berfikir dan menilai hakikat didalam realiti. Berikut adalah ayat-ayat di dalam Al-Quran yang menuntut kita supaya berfikir.



Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir. (Al-Quran Surah Az-Zumar: 42)

Kalau sekiranya kami turunkan Al Qur’an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah di sebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir. (Al-Quran Surah Al- Hashr:21)

Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dan langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya karena air itu tanam- tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya, dan pemilik- permliknya mengira bahwa mereka pasti menguasasinya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanam-tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah disabit, seakan- akan belum pernah tumbuh kemarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang berfikir. (Al-Quran Surah Yunus: 24) 



Dipetik & di olah dari laman dhttp://www.guatv.com/2013/12/ayat-ayat-al-quran-yang-menyeru-kita.html

Monday, 19 December 2016

Berlapang dada dengan sesuatu perkara

Renungilah bahawa...

Dalam kita menjalani kehidupan seharian pastinya ujian akan ada.Bezanya setiap ujian itu kecil atau besar di mata kita.Namun, segala sesuatu itu pastinya juga ada ibrah dan hikmah yang kita tidak ketahui. Oleh kerana itu seharusnya kita bersyukur Allah pasti berikan jalan melalui ikhtiar kita. Maka janganlah mudah berputus asa. setelah berdoa, berusaha, ikhtiar dan akuilah dengan bertawakkal kita akan rasa jalan yang kita pilih itu ilham dari Allah. Laluilah hari-hari dengan nafas baru..belajarlah dan beramallah dengan ilmu yang ada.Pengalaman hidup akan membuatkan kita lebih dewasa jika kita senantiasa bermuhasabah.

Image result for ujian tanda allah sayang kita
Allah berfirman: "Pergilah kepada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya." (H.R Thabrani dari Abu Umamah). Tatkala hati merintih, ketahuilah bahawasanya Allah senantiasa mendengar dan Maha mendengar atas segala sesuatu yang terlahir dari hati mahupun fikiranmu. 

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ - surah al-Imran ayat 54
ALLAH berfirman dalam al-Quran 
“Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang” 




Saturday, 17 December 2016

Keutamaan ilmu dan niat

Assalamualaikum wbrt,

Laman ini ku jadikan medan untukku menulis tentang pelbagai hal kerana minat menulis sangatla berkobar-kobar. Namun dalam fikiran ni skema mindaku lebih terfokus kepada penulisan ilmiah. Kadang-kadang, terbawa-bawa dengan rasa ragu-ragu kerana sudah terbiasa menulis dengan ditemani laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). sikit-sikit eh betul ke apa yang aku tulis ni. Apalah kan terlalu obvious mental block ku di situ.

Ku beranikan diri menulis sesuka hati, sesedap rasa kerana ku tidak mahu ilmuku disiakan begitu sahaja. apabila bercakap mengenai sabar. Allah aja yang tahu bertapa hatiku luluh dengan ujianNya dalam menuntut ilmu. Ramai pendapat mengatakan bukan senang nak jadi senang. Malah tiada satu benda pun yang datang bergolek. Semuanya memerlukan usaha dan ketabahan. Apapun harus difahami bahawa Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan dengan kemampuan hambaNya.Betapa kasih dan agung cintaNya, Subhanallah.

Dalam menuntut ilmu juga seperti hidup..perlu ada nafas untuk terus survive yang mendorong seseorang untuk lebih bersemangat dan terus mendalami ilmu. Walaupun payah sedarlah bahawa Allah memudahkan jalan ke syurga bagi orang yang memilih untuk menuntut ilmu. Namun hanya 1 yang harus diingat, ilmu bukan untuk dibangga tapi perlu dikongsi..rugilah orang-orang yang mempunyai ilmu tp tidak diamal dan tidak pula dikongsi sehinggalah ilmu dibawa bersama setelah Malaikat menjemput. semoga kita di kalangan hambaNya yang senantiasa beruntung dan bersyukur atas ilmu yang dikurnia.

Kata imam Ghazali
Menuntut ilmu dalah taqwa
Menyampaikan ilmu adalah ibadah
Mengulang-ngulang ilmu adalah zikir
Mencari ilmu adalah jihad

Seharusnya pelajarilah ilmu yang bermanfaat😊

Wednesday, 16 November 2016

Welcoming words



                                

Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya hasrat untuk mempunyai blog ilmiah saya sendiri terlaksana. Walaupun masih lagi dalam proses pembelajaran, harapan saya moga laman ini memberi input berguna untuk anak bangsa dan masyarakat agar dapat dimanfaatkan ke arah menjana ilmu, membangunkan generasi pemikir yang cemerlang bukan hanya di dunia malah di akhirat. Moga perkongsian ini bermanfaat kepada semua pembaca. Mohon jangan copy paste tapi kembangkan idea mengikut penulisan dan gaya ilmiah. Moga ruang ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin, InsyaALLAH. Terima kasih.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
Maksudnya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."

Hadis di atas merupakan ingatan daripada Baginda s.a.w. kepada umatnya supaya menyampaikan apa sahaja daripada Baginda s.a.w. yang diketahui kepada masyarakat. Mereka yang diberi kelebihan oleh Penciptanya dengan sedikit ilmu pengetahuan yang bermanfaat, diminta berkongsi kemanisan itu dengan saudaranya yang lain. Walaupun hanya sepatah perkataan, namun sekiranya dilihat mampu memberi kebahagian kepada seseorang, sebarkanlah. Betapa indahnya persaudaraan dalam Islam, perasaan individualistik dan egois dikikis daripada hati umatnya bagi menjamin kebaikan dan kesejahteraan seluruh umat manusia.

nukilan_norazzamk@gmail.com



Monday, 14 November 2016

Penulisan Pernyataan Masalah

Pernyataan masalah merupakan komponen penting dalam penulisan tesis atau mana-mana penerbitan seperti kertas konsep dan penulisan ilmiah. Sepanjang pengamatan saya sebagai pelajar, masalah kajian tidak mudah untuk diluahkan dalam bentuk penulisan. Walaupun masalah jelas diperkatakan di media sosial dan media cetak. Namun, apabila dalam penulisan seolah-olah wujud “mental block” yang menyekat yang membuatkan masalah sukar diterjemahkan dalam bentuk penulisan. Pelbagai versi dan teknik saya temui untuk menulis penyataan masalah. Maka, saya terpanggil untuk berkongsi mengenai penulisan penyataan masalah ini.

Peringkat pengenalan, pengkaji perlu memperkenalkan topik atau isu yang ingin dikaji kepada pembaca. Beberapa perkara yang harus diberi perhatian sebelum masalah ditonjolkan ialah memastikan masalah benar-benar wujud samada melalui pemerhatian, laporan statistik atau sorotan kajian lepas. Di samping itu, masalah harus dibuktikan dan diulas (dengan data/jadual berkaitan), berdasarkan rujukan berwasit yang diperoleh daripada buku, jurnal artikel, prosiding atau laporan-laporan serta sumber yang sahih.

Seterusnya pengkaji perlu mengetengahkan jurang pengetahuan yang wujud antara penyelesaian yang telah dibuat, dengan penyelesaian yang masih dalam persoalan. Jurang pengetahuan merangkumi apa yang telah diketahui dan apa lagi yang perlu diketahui dengan membanding beza aspek-aspek yang dikaji dalam setiap kajian seperti konsep, elemen pemboleh ubah dan metodologi kajian (sampel, instrumen dan prosedur). Rasionalkan kepada keperluan tajuk kajian. Perlu diingatkan agar pengkaji untuk menyatakan kepentingan kajian dengan menyediakan arah tuju kajian dalam bentuk hasilan/dapatan yang hendak dicari dalam menangani masalah kajian kepada “stake holder” contohnya: pengkaji, pendidik, pembuat polisi dan individu yang berkenaan. 


Selamat menulis, semoga bermanfaat...
sampaikanlah walau satu ayat  
Nukilan: Azza-ukm -- norazzamk@gmail.com


Dear My lovely Dear, To get rid of something inside your head and your soul is the hardest part in life. The thing we like to leave most ...