Terdapat banyak Ayat-ayat didalam Al-Quran yang menyeru kita untuk berfikir.
Maka gunakanlah akal dan juga hati dalam berfikir dan menilai, kerana selain mata di kepala kita juga diberikan hati untuk melihat.
segala kekotoran. Jauhi dari segala perkara dan perbuatan yang boleh membuat tompok titik hitam didalam hati kerana tompok-tompok hitam inilah yang membutakan mata hati kita.
segala kekotoran. Jauhi dari segala perkara dan perbuatan yang boleh membuat tompok titik hitam didalam hati kerana tompok-tompok hitam inilah yang membutakan mata hati kita.
Terkadang kita terlalu fikir lebih daripada had keupayaan seoarng manusia. Kita sebernya ada limit untuk berfikir seperti tidak boleh kita berfikir tentang Allah seperti apa kerana ia akan membawa kepada membuat gambaran sesuka hati kita dan ia adalah salah. Begitu juga dengan berfikir apa akan jadi kepada kita sekiranya itu dan ini walhal walau seminit pun kita tak akan pernah tau apa akan terjadi sebentar nanti dan hari-hari akan datang. Maka behentilah dari terlalu banyak berfikir kecuali memuji dan mengagungkan kebesaran Allah dan bertindaklah sekira ia bermanfaat untuk kehidupanmu.
Islam ada memberikan panduan bagaimana kita memulihara dan memelihara hati agar sentiasa bersih agar kita dapat meilihat, berfikir dan menilai hakikat didalam realiti. Berikut adalah ayat-ayat di dalam Al-Quran yang menuntut kita supaya berfikir.
Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir. (Al-Quran Surah Az-Zumar: 42)
Kalau sekiranya kami turunkan Al Qur’an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah di sebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir. (Al-Quran Surah Al- Hashr:21)
Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dan langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya karena air itu tanam- tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya, dan pemilik- permliknya mengira bahwa mereka pasti menguasasinya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanam-tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah disabit, seakan- akan belum pernah tumbuh kemarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang berfikir. (Al-Quran Surah Yunus: 24)
Dipetik & di olah dari laman dhttp://www.guatv.com/2013/12/ayat-ayat-al-quran-yang-menyeru-kita.html
No comments:
Post a Comment