Wednesday, 25 January 2017

   *RENUNGAN BUAT DIRI*

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tidak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dalam kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui,
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah.

Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini..

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tidak pernah mengurangkan ketetapanNya..

Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi..

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada..

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepada ku..

Allah menjamin rezekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku..

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja..

Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusanNya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati..

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya..

Rezeki tidak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

Ikhtiar itu perbuatan.
Rezeki itu kejutan.

Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak,
"Dari mana dan digunakan untuk apa"

   Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"..
Halalnya dihisab dan haramnya diazab

Maka, aku tidak boleh merasa irihati pada rezeki orang lain

Jujur bila berkata

Hayati bila membaca

Ikhlas bila menerima..

Mungkin banyak kali dah baca tapi baca lah biar kita sentiasa ingat akan diri kita..

Wednesday, 4 January 2017

Ilham pencipta..

Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya (Al-Baqarah:269).
Ilham melalui kata dan puisi adalah satu anugerah. Nukilan tinta menggambar jiwa insan yang menyantuni kebesaran Allah swt. Semoga berkat hidup dunia akhirat...hadiah dari teman pantun empat kerat.

Lihat si dia menatang dahan
Berbaju biru berpipi merah
Hidup di dunia banyak dugaan
Kepada Allah kita berserah

Pantang berjumpa sisi melekat
Gelak tawa sedih ditahan
Andai hidup selalu selamat
Hendaklah menyahut perintah Tuhan

Bayangan bengkok jangan dipatah
Meneguhkan iman dan juga raga
Hidup mati di tangan Allah
Tiadalah siapa dapat menduga

Hidup berdagang itulah insan
Berehat menumpang di batang pohon
Qada dan qadar tulisan Tuhan
Kepada Allah izin bermohon

NukilanMSbH40117

Tuesday, 3 January 2017

Coretan untuk yang bergelar hamba Allah


Wahai Allah yang Maha Lembut..
Wahai Allah yang Maha Luas Pandangan Rahmatnya..
Hatiku kini ntah kenapa semakin banyak koyaknya..
2 bulan lepas ada 1 tempat koyak + 1 tercarik-carik sikit..
Sebulan lepas bile aku scan, dah bertambah jadik 3 tempat koyak pulak..
Pastu aku plaster la kat tempat-tempat koyak tu..tapi Engkau tahu tak?
Plaster tu tak nak lekat pulak..selalu tertanggal-tanggal...

Wahai Allah yang Maha Melihat..
Wahai Allah yang Kaya dengan sifat Pemurah...
Selalunya dulu-dulu aku rajin jugaklah gosok hati aku ni dgn kalamMu,
biasanye setiap pagi aku cuba membaca kalammu walaupun sepotong ayat (paling kokak la..)
Tapi la ni bukan kata sekejap, terkadang aku leka, aku tak baca pun walaupun satu waktu selepas solat,
kekadang tu buat Maghrib pong dah nak penghujung sangat-sangat,
Tak sempat la pulak nak bukak Kalam itu sebab aku sibuk memikirkan cinta yang tak kesampaian.. Padahal aku tau,
Engkau sangat cinta dengan hambaMu yang suka solat awal waktu..
dan Engkau sangat rapat dengan hambaMu yang selalu panggil-panggil namaMu.. Tapi aku..?? Aku rase 'cahaya' aku macam malap je..
Hmmm...Engkau 'nampak' aku tak ya Allah?
mmmm....aku ni layak ke nak minta-minta dengan Engkau?
"Wahai Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu yang nyata & tersembunyi, Engkau bersihkanlah hatiku dari sebarang keretakan akibat hal-hal dunia yang banyak kelalaian,

Engkau ringankanlah tubuh badanku untuk melakukan taat setia kepadaMu serta kebaikan-kebaikan untuk rapat kepadaMu..
Wahai Allah yang menggerakkan hati-hati manusia,
Engkau arahkanlah hatiku kepadaMu..Ya Allah...
Engkau doronglah pemikiran dan minda ini untuk memikirkanMu melebihi memikirkan hal duniawi
Engkau bimbinglah diriku untuk menujuMu..Ya Allah...
Engkau peganglah hatiku supaya jiwaku sentiasa terang bercahaya..
Peganglah agar aku agar tidak sekalipun aku menyesal kerana membelakangi kehendak manusia dalam hal harianku
gerakkanlah setiap detik hatiku ini untuk sentiasa takut dan patuh akan suruhanMu ya Allah
Ya Allah... Wahai Tuhan penerima taubat..
Aku tahu aku seorang pendosa..
Aku tahu aku seorang yang menzalimi diri...
Maafkan diriku Ya Allah.. Ampunkan dosa-dosaku Ya Allah..
Sesungguhnya aku dah takda tempat lain dah...
Aku tak ada sesiapa pun yang aku boleh mengadu, meminta atau tunduk melutut mintak ampun.. HanyaMu Ya Allah...

Dear My lovely Dear, To get rid of something inside your head and your soul is the hardest part in life. The thing we like to leave most ...