Wahai
Allah yang Maha Lembut..
Wahai
Allah yang Maha Luas Pandangan Rahmatnya..
Hatiku
kini ntah kenapa semakin banyak koyaknya..
2 bulan
lepas ada 1 tempat koyak + 1 tercarik-carik sikit..
Sebulan
lepas bile aku scan, dah bertambah jadik 3 tempat koyak pulak..
Pastu aku
plaster la kat tempat-tempat koyak tu..tapi Engkau tahu tak?
Plaster tu
tak nak lekat pulak..selalu tertanggal-tanggal...
Wahai
Allah yang Maha Melihat..
Wahai
Allah yang Kaya dengan sifat Pemurah...
Selalunya
dulu-dulu aku rajin jugaklah gosok hati aku ni dgn kalamMu,
biasanye setiap
pagi aku cuba membaca kalammu walaupun sepotong ayat (paling kokak la..)
Tapi la ni
bukan kata sekejap, terkadang aku leka, aku tak baca pun walaupun satu waktu
selepas solat,
kekadang tu
buat Maghrib pong dah nak penghujung sangat-sangat,
Tak sempat
la pulak nak bukak Kalam itu sebab aku sibuk memikirkan cinta yang tak
kesampaian.. Padahal aku tau,
Engkau
sangat cinta dengan hambaMu yang suka solat awal waktu..
dan Engkau
sangat rapat dengan hambaMu yang selalu panggil-panggil namaMu.. Tapi aku..??
Aku rase 'cahaya' aku macam malap je..
Hmmm...Engkau
'nampak' aku tak ya Allah?
mmmm....aku
ni layak ke nak minta-minta dengan Engkau?
"Wahai
Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu yang nyata & tersembunyi, Engkau
bersihkanlah hatiku dari sebarang keretakan akibat hal-hal dunia yang banyak
kelalaian,
Engkau
ringankanlah tubuh badanku untuk melakukan taat setia kepadaMu serta
kebaikan-kebaikan untuk rapat kepadaMu..
Wahai
Allah yang menggerakkan hati-hati manusia,
Engkau
arahkanlah hatiku kepadaMu..Ya Allah...
Engkau
doronglah pemikiran dan minda ini untuk memikirkanMu melebihi memikirkan hal
duniawi
Engkau
bimbinglah diriku untuk menujuMu..Ya Allah...
Engkau
peganglah hatiku supaya jiwaku sentiasa terang bercahaya..
Peganglah
agar aku agar tidak sekalipun aku menyesal kerana membelakangi kehendak manusia
dalam hal harianku
gerakkanlah
setiap detik hatiku ini untuk sentiasa takut dan patuh akan suruhanMu ya Allah
Ya
Allah... Wahai Tuhan penerima taubat..
Aku tahu
aku seorang pendosa..
Aku tahu
aku seorang yang menzalimi diri...
Maafkan
diriku Ya Allah.. Ampunkan dosa-dosaku Ya Allah..
Sesungguhnya
aku dah takda tempat lain dah...
Aku tak ada sesiapa pun yang aku
boleh mengadu, meminta atau tunduk melutut mintak ampun.. HanyaMu Ya Allah...
No comments:
Post a Comment