Assalamualaikum wbt.
Dah lama rasanya tidak mengepos sebarang kata-kata di sini. Mungkin aku bukanlah suka menulis ceritaku. Tapi aku lebih suka bercerita secara bersemuka itupun dengan orang yang rapat dan dekat denganku. Alhamdulillah syukur dipinjamkan nafas sehingga ke detik ini. Semakin hari berlalu semakin aku sedar banyaknya nikmat Allah yang aku persiakan. Setiap waktu memikirkan kekurangan walhal banyak yang Allah datangkan kepadaku penuh hikmah. Kerana terlalu leka memikirkan apa yang aku mahu, kekurangan sana sini, aku lupa Allah hadirkan orang yang baik-baik dalam hidupku itu adalah satu hadiah, kesihatan yang baik juga hadiah..macam-macam rezeki Allah datangkan tak kurang juga yang tidak disangka-sangka datang. Sepatutnya aku lebih bersyukur tapi terlalu degil berteka-teki tentang hidup. Alhamdulillah setiap hari dalam tangis tawa, aku belajar untuk tidak menaruh harapan walaupun pahit kerana apa yang menjadi harapan itu amatlah ku ingini. Aku belajar untuk tidak terlalu mengharap apa yang aku mahukan akan diperoleh. Aku belajar untuk tidak terlalu take for granted kerana semuanya milik Allah dan tiada satupun yang ku punya. jika apa yang aku belajar itu hari-hari aku ingat, pastinya akan baiklah perjalanan hidup ini. Namun, sebagai manusia, kealpaan, kelalaian dan kurang muhasabah mungkin boleh mendatangkan keresahan. Ku sedar dengan mendekatkan diri kepada ilahi itu sahaja ubat mujarab bagi aku yang serba hina ini. Moga terus istiqamah jatuh bangun, sedih gembira mengingat Dia tuhan yang maha agung. Tiada satupun nikmat yang harus didustakan jika aku benar-benar hamba yang bersyukur. Pesan pada hati, pesan pada diri, belajarlah bersyukur nescaya dengan bersyukur Allah tambah apa yang kuperlu dalam hidup.
Sama-sama menuju kejayaan menyahut seruan
Ingatkan diri, jika di dunia beruntunglah jika mengingat akhirat dan menyediakan bekal yang cukup untuk kehidupan akhirat
Ingatkan diri, Akhirat tempat abadi, tempat menuai apa yang disemai apa yang ditanam didunia. Pernah ku dengar satu kuliah, kata ustaz tu..jika di dunia, fikirlah tentang akhirat kerana apabila di akhirat kita akan fikir pula apa yang kita lakukan di dunia. Beruntung bagi hamba yang amalannya memudahkan siratnya, melepaskannya dari siksa kubur dan melayakkan dia ke syurga Allah. Moga Allah tingkatkan keimanan dan ketakwaaan dalam diri kita.
#pesandiriduniasementarajadicarilahsebanyaknyakebaikanuntukakhirat.
No comments:
Post a Comment